PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK) & SEGAK

Satu kaedah penilaian aktivti kokurikulum, ekstra kurikulum dan kecergasan fizikal untuk diguna pakai oleh semua sekolah dan dilaksanakan sepanjang tempoh persekolahan setiap tahun.





Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan

SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan.

Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan.

SEGAK terdiri daripada empat aktiviti iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk Tubi Separa" dan "Jangkauan Melunjur"

Objektif SEGAK ialah menilai dan mengukur tahap kecergasan fizikal murid.

Konstruk yang diukur:

  • Perkembangan fizikal murid
  • Kecergasan
  • Senaman

loading...