Garis Panduan Nilai Etika Penggunaan Media Sosial Bagi Guru & Murid

Penyediaan Garis Panduan Nilai dan Etika Media Sosial bagi guru dan murid bertujuna mengelakkan penyalahgunaan media seosial yang membawa kepada pelbagai keburukan terutamnya dalam penyebaran fitnah dan perkongsian maklumat yang kurang tepat.

Garis panduan ini telah diluluskan dalam Mesyuarat Profesional KPM Bil. 02/2017 pada 12 Januari 2017.

Tujuan utama:

  • penyebaran dan perkongsian maklumat terkawal
  • maklumat yang dipaparkan tidak menjejaskan kepentingan perkhidmatan awam dan kedaulatan negara
  • isu salah laku dan penyebaran maklumat tidak beretikadi media sosial dapat dielakkan
  • maklumat yang disampaikan adalah jelas dan tepat
  • kesejahteraan sistem pendidikan di Malaysia terpelihara

Guru dilarang menggunakan media sosial untuk tujuan:
  • Mendedahkan maklumat rasmi yang terkandung dalam dokumen sulit/dokumen terhad kerajaan kepada pihak umum
  • memberikan atau berkongsi komen negatif tentang isu-isu yang melibatkan arahan KPM, kempimpinan sekolah dan rakan sekerja
  • membuat sebarang penyataan yang menyentuh perkara yang boleh menjejaskan imej dan dasar Kerajaan, maklumat berbentuk fitnah, hasutan dan lucah atau cuba memprovokasikan sesuatu isu yang menyalahi peraturan dan undang-undang atau perkara yang menyentuh sensitiviti individu atau kumpulan tertentu yang menimbulkan suasana yang tidak harmonis.
  • menyebarkan maklumat yang tidak sahih
  • menyebarkan hasil kerja guru lain atau kerja murid yang boleh mengaibkan
  • berkongsi kenyataan yang menyentuh isu-isu sensitif politik, agama, kaun dan individu terutama kepada isu yang boleh mengancam keselamatan negara
  • melayan komunikasi dengan pihak yang agresif dan kasar
  • melibatkan diri dengan aktiviti yang boleh membawa kepada jenayah sosial dan seksual
  • melibatkan diri dengan perniagaan bahan-bahan berisiko buruk atau berbahaya
  • melibatkan diri denan aktiviti yang boleh menjurus kepada Cyberstalking atau CyberHarassment dan
  • menggunakan media sosial untuk tujuan peribadi semasa waktu pejabat sama ada menerusi peralatan komputer / alat mudah alih yang dibekalkan oleh pejabat melalui peralatan peribadi


Previous Post Next Post