Modul Latihan Sukan Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah - Memanah

Memanah merupakan salah satu sukan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Sukan Prestasi Tinggi Sekolah bermula 1 Januari 2008. 

Kecemerlangan sukan ini memerlukan satu perancangan yang teratur dan efisyen. Sebagai permulaan program pembangunan untuk tempoh tiga tahun bermula dari tahun 2008 hingga 2010 telah dirancang. 

Program ini adalah bertujuan mengenalpasti dan melatih bakat-bakat memanah yang terdapat di sekolah-sekolah seluruh negara, untuk menjadi atlet memanah peringkat remaja, peringkat kebangsaan dan seterusnya ke peringkat antarabangsa. 

Bagi mencapai matlamat program ini, buku Manual Latihan Memanah SPTS ini disediakan sebagai asas sumber rujukan dan panduan untuk semua Panel Jurulatih Sekolah yang terlibat.

Muat Turun: MANUAL LATIHAN MEMANAH UNTUK SEKOLAH


Post a Comment

0 Comments