Peralatan asas yang perlu ada jika anda dikuarantin di rumah (HSO) akibat COVID-19


Oleh kerana sekarang ni ramai yang positif dan kena HSO, dikongsikan beberapa perkara yang kena buat bila dah tahu diri sendiri positif.
---------
*Sila kemas kini result positif anda di MySejahtera serta merta.

1. Thermometer
--------
Siapa yang ada simptom demam disarankan beli thermometer untuk pantau suhu badan.

2. Oximeter
--------
Oximeter digunakan untuk detect oksigen level dalam darah dan heart rate kita. Kadar oksigen yang normal adalah dari 95-100, bawah dari 90 sila laporkan pada KKM. 

Untuk heart rate, normal adalah sekitar 50-100 bpm.

3. Vitamin C
--------
Tak kisah apa juga jenama tapi Vitamin C penting untuk tingkatkan imunisasi badan.

4. Paracetamol
--------
Demam sikit je pun kena makan panadol.

5. Ubat Batuk
--------
Cari ubat batuk di farmasi yang khusus ikut jenis batuk kita, samada batuk kering atau berkahak. 

6. Ubat Selsema
--------
Ubat selsema yang disarankan adalah Clarinase. Tp sila consult dgn doktor dulu sbb ini ubat terkawal.

7. Cengkih + Madu + Lemon
--------
Ramai yang cadangkan campuran minuman ini untuk beri kelegaan pada bahagian tekak kita.

8. Betadine Sore Throat Spray atau Gargle Mouthwash
--------
Tujuannya adalah untuk sakit tekak dan bersihkan bahagian dalam mulut dari kuman.

9. Habbatul Sauda
--------
Pelbagai khasiat baik diantaranya dapatkan kurang keradangan dan tingkatkan imunisasi badan. Ada pelbagai jenis dari bentuk pil dan campuran madu.

10 Antigen Rapid Test
--------
Ada byk dipasaran. Tp ini yg diantara yg tepat bacaan nya.

11. Minum air masak
--------
Walaupun takde selera sangat, tapi pastikan minum air masak dengan cukup. Kekurangan air dalam badan boleh membuatkan badan jadi lesu dan bibir tukar kebiruan

Post a Comment

0 Comments