RMT nasi kosong: KPM siasat tuduhan nenek - Radzi Jidin


PUTRAJAYA - Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin hari ini memaklumkan di dalam status Facebook beliau mengenai dakwaan seorang nenek berkenaan hidangan makanan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada cucu saudaranya akan dibuat siasatan lanjut.

"Malam tadi saya dimaklumkan tentang satu hantaran di Facebook yang tular mengenai gambar nasi putih dan kuah yang didakwa sebagai makanan kepada murid di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT). 

"Saya memandang serius dakwaan tersebut dan telah arahkan supaya siasatan lanjut dibuat, termasuk mengenalpasti sekolah yang terlibat," katanya.

Beliau berkata, KPM tidak akan berkompromi dalam hal yang melibatkan kebajikan murid.

Tular sebelum ini sekeping foto oleh seorang wanita yang mendakwa cucu saudaranya telah membawa pulang makan RMT hanya nasi kosong dan kuah.

Post a Comment

0 Comments