Murid Tahun Satu Maut Digelek Van Sekolah


12 Nov - Tular sebuah video menyaksikan seorang murid Tahun Satu sebuah sekolah di Sepang dilanggar sebuah van hari ini.

Video berdurasi 1 minit 16 saat itu memaparkan mangsa melintas jalan dipercayai ke pusat transit beliau.

Mangsa kemudian melintas di hadapan sebuah van dan tanpa disedari, pemandu tersebut terus bergerak dan melanggar beliau.

Seorang wanita dipercayai pembantu pemandu tersebut kemudian turun dan memangku mangsa.

Mangsa dipercayai telah meninggal dunia berdasarkan ucapan takziah yang disampaikan oleh sekolah beliau di dalam satu hantaran di Facebook. 


Hantaran tersebut kemudiannya telah dipadam oleh pihak sekolah dipercayai untuk tidak mengganggu siasatan polis dan menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

Post a Comment

0 Comments