KPM pertimbang calon SPM kembali ke sekolah tanpa penggiliran


TAMPIN – Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang mengkaji kesesuaian untuk membenarkan pelajar kelas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk kembali semula ke sekolah tanpa penggiliran. 

Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, KPM kini dalam peringkat perbincangan bersama Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memantau kadar vaksinasi dalam kalangan murid tingkatan lima. 

Menurut beliau, secara keseluruhannya lebih 97 peratus murid tingkatan lima telah menerima dos pertama, manakala sekitar 50 peratus murid tingkatan lima telah menerima dua dos lengkap vaksinasi. 

“Mungkin kita akan pertimbangkan untuk tidak adakan penggiliran dan kita mulakan dengan murid kelas peperiksaan terlebih dahulu seperti mana yang kita laksanakan untuk murid yang menghadapi peperiksaan Sijil Tinggi Pesekolahan Malaysia (STPM) Semester Dua tempoh hari. 

“Namun begitu memandangkan jumlah yang terlebih besar (pelajar tingkatan 5), kita sedang berbincang dengan KKM untuk melihat kadar vaksinasi yang membolehkan murid tingkatan lima di bawa masuk tanpa penggiliran,” katanya sempena Lawatan Kerjanya ke Sekolah kebangsaan (SK) Tengku Zainun, di sini, tadi.

Post a Comment

0 Comments