COVID-19: Tiada penangguhan pembayaran ansuran perumahan sektor awam - LPPSA

20:16:00
Putrajaya, 8 April 2020 - Sehubungan dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), pihak LPPSA telah menerima pertanyaan dari pelbagai pihak berkenaan kemungkinan penangguhan atau moratorium boleh diberikan kepada bayaran ansuran bulanan pembiayaan perumahan LPPSA.

Untuk makluman, Kerajaan menyediakan kemudahan pembiayaan perumahan LPPSA yang disubsidikan pada kadar faedah 4%. Ini adalah lebih rendah berbanding kadar pembiayaan yang ditawarkan oleh mana-mana institusi perbankan tempatan.

Disamping itu, pembiayaan perumahan yang diberikan LPPSA dengan kadar faedah 4% ini adalah jauh lebih rendah berbanding kos dana yang diperolehi oleh LPPSA melalui terbitan sukuk iaitu pada kadar antara 4.5% hingga 5%. Sebarang moratorium atau penangguhan kepada bayaran ansuran bulanan pembiayaan akan memberi kesan kepada aliran wang tunai pihak LPPSA dan melibatkan pinjaman tambahan melebihi RM2 billion.

LPPSA bertanggungjawab memastikan kelangsungan dan sumber kewangannya kekal utuh demi memastikan manfaat pembiayaan perumahan dapat terus disediakan kepada penjawat awam yang sedia ada dan yang akan datang.

Di bawah adalah kenyataan penuh LPPSA melalui satu notis makluman yang anda boleh peroleh daripada laman web rasmi http://www.lppsa.gov.my/ atau downloadnya DI SINI



Share this

Related Posts

Previous
Next Post »