COVID-19: Restoran, kedai makan boleh teruskan operasi, pasar malam, gerai tepi jalan tutup

15:26:00
PUTRAJAYA - Restoran dan kedai makan boleh meneruskan operasi mereka ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bermula esok.

Bagaimanapun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, pelanggan hanya dibenarkan membungkus atau membuat permintaan penghantaran makanan mereka ke tempat masing-masing.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga mengarahkan pasar malam dan gerai makan tepi jalan ditutup susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan Kerajaan semalam.

Menteri, Datuk Alexander Nanta Linggi, berkata arahan penutupan sementara premis perniagaan berkenaan bertujuan mengawal pergerakan orang ramai bagi membendung penularan COVID-19.

Perintah Kawalan Pergerakan itu dikecualikan kepada pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

“Keputusan dan arahan ini diambil atas faktor keselamatan dan kesihatan peniaga serta orang ramai bagi mencegah kemungkinan COVID-19 merebak dengan lebih meluas," katanya di sini hari ini.

Yang turut hadir, timbalannya Datuk Rosol Wahid; Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »