JPN Pulau Pinang siasat dakwaan murid bunuh diri "dibuli" guru

08:44:00
BUKIT MERTAJAM: : Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan seorang pelajar lelaki 16 tahun di Bukit Mertajam bunuh diri akibat tekanan di sekolah.

Pengarahnya, Abdul Rashid Abdul Samad berkata pihaknya sedang mengumpul maklumat bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Katanya, siasatan dalaman akan dilakukan terlebih dahulu sebelum tindakan lanjut diambil.

Selasa lalu, pelajar sekolah menengah itu ditemui tergantung di kipas siling dalam bilik dengan kain selimut terikat pada lehernya oleh ibu mangsa pada 6.15 petang.

Mangsa adalah anak sulung daripada dua beradik.

Menurut polis, pemeriksaan pada tubuh mangsa tidak menemui unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, Presiden Malaysian Tamilar Kural, David Marshel yang mewakili keluarga mangsa mendakwa, pelajar terbabit bertindak demikian kerana tertekan dengan pihak sekolah yang tidak membenarkannya permintaannya untuk menukar kelas.

Sumber: Astro Awani

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »