Buku Panduan Pengurusan Majlis & Acara Rasmi Kerajaan

08:01:00
Di era transformasi kini, Jabatan-jabatan dan Agensi Kerajaan semakin rancak melaksanakan secara sendiri majlis-majlis dan acara rasmi Kerajaan tanpa melantik syarikat luar. Secara tidak langsung setiap acara yang dilaksanakan menampilkan identiti Jabatan dan Agensi Kerajaan tersebut. Perkara ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi persepsi tetamu yang hadir terhadap Jabatan dan Agensi

Kerajaan yang bertindak sebagai penganjur majlis tersebut. Pelaksanaannya merangkumi pengurusan jemputan, pengurusan fasiliti-fasiliti yang terdapat pada majlis berkenaan termasuklah aspek keselamatan dan protokol majlis.

Dengan adanya buku panduan ini diharap dapat dijadikan panduan asas dalam menguruskan majlis dan acara di peringkat Jabatan dan Agensi Kerajaan. Maklumat-maklumat yang dinyatakan dalam buku panduan ini amat berguna kepada setiap pegawai penyelaras majlis dan acara di dalam aspek pengurusan majlis dan acara Kerajaan secara keseluruhannya.

Muat Turun: Buku Panduan Pengurusan Majlis & Acara

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »