Apa itu Ex-Gratia Kematian?

21:17:00
INSENTIF BAHARU FAEDAH TERBITAN KEPADA WARIS PENJAWAT AWAM

Video khas penerangan berkenaan Ex-Gratia Kematian: https://youtu.be/s8cbV_JksrM .

๐Ÿ“ Apakah Ex-Gratia Kematian?

✅ Ex-Gratia Kematian adalah pemberian Kerajaan kepada tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan, dengan tempoh perkhidmatan kurang daripada 20 tahun atau 240bulan

๐Ÿ“ Siapakah yang layak diberikan Ex-Gratia Kematian?

✅ Penjawat Awam sama ada berstatus sementara atau tetap yang memilih Skim Pencen ataupun Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Penjawat Awam ini merangkumi Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

✅ tujuannya bagi membantu meringankan beban tanggungan/waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam tempoh tidak lebih 240 bulan perkhidmatan.

๐Ÿ“ Siapakah yang layak menerima Ex-Gratia Kematian ini?

✅ Ex-Gratia Kematian akan diberikan kepada balu/ duda/ anak/ ibu/ bapa yang layak. Walau bagaimanapun, Ex-Gratia Kematian ini tidak diberikan kepada kes-kes kematian penjawat awam yang disahkan akibat daripada membunuh diri.

๐Ÿ“ Berapakah jumlah pemberian Ex-Gratia Kematian ini? Ada sama nilai atau kadarnya?

✅ Kadar pemberian Ex Gratia Kematian ini adalah bergantung kepada tempoh perkhidmatan gemulah (si mati) seperti berikut:

✅ Pemberian Ex-Gratia Kematian adalah berasaskan kepada tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira seperti berikut:

Tempoh Berkhidmat
Kurang 60 bulan (RM150,000)
61 - 120 bulan (RM100,000)
121-180 bulan (RM75,000 )
181-240 bulan ( RM50,000)

๐Ÿ“Bagaimana pembayaran Ex-Gratia Kematian dibuat?

✅ Pembayaran Ex-Gratia Kematian dibuat secara sekaligus kepada waris yang layak.

๐Ÿ“Bagaimana pula pembahagian pembayaran ini dibuat? Adakah semua waris layak atau sebahagian sahaja?

✅ Hanya balu atau duda atau anak (bawah 21 tahun) atau ibu atau bapa kepada anggota awam yang meninggal dunia dalam tempoh perkhidmatan kurang daripada 20 tahun / 240 bulan sahaja yang layak.

Pecahan pembahagiannya ialah seperti berikut:

✅ jika gemulah (si mati) meninggalkan balu/duda/anak/ibu/bapa, maka pembahagian syer adalah seperti berikut:

๐Ÿ’ฐ 9/10 syer (90%) akan dibayar kepada balu/duda dan anak-anak bawah 21 tahun;

๐Ÿ’ฐ 1/10 syer (10%) akan dibayar kepada ibu, jika ibu telah meninggal, kepada bapa gemulah;

๐Ÿ’ฐSyer penuh 100% kepada balu/duda/anak sekiranya ibu dan bapa gemulah sudahpun meninggal dunia; dan

๐Ÿ’ฐSyer penuh 100% kepada ibu, jika ibu telah meninggal dunia, kepada bapa gemulah yang meninggal dunia berstatus bujang (tiada pasangan/tiada anak).

๐Ÿ“ Adakah Ex-Gratia Kematian menggantikan Ex-Gratia Terbitan/ Ex- Gratia Bencana Kerja?

✅ Tidak. Ex-Gratia Kematian ini adalah PEMBERIAN TAMBAHAN kepada faedah persaraan yang sedia ada

๐Ÿ“ Adakah waris pegawai perlu memohon bagi pemberian Ex-Gratia Kematian?

✅ Pemberian Ex-Gratia Kematian kepada penjawat awam yang memilih skim pencen akan diproses bersekali dengan permohonan faedah persaraan terbitan. Bagi penjawat awam yang memilih Skim KWSP, permohonan perlu dikemukakan oleh Ketua Jabatan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam. Tatacara permohonan dan borang berkaitan diperincikan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2019.

๐Ÿ“Bilakah kuatkuasa pemberian Ex-Gratia Kematian ini?

✅ Kuat kuasa pelaksanaan pemberian ini ialah pada 1 Jan 2020. Kematian yang berlaku pada 1/1/2020 dan selepasnya akan layak untuk diberikan Ex-Gratia Kematian.

Sebarang pertanyaan, sila emailkan kepada mypesara@kwap.gov.my atau hubungi 03-8887 8777

Sumber: Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN)

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »