Program RMT dengan penambahbaikan dilaksana hari ini - KPM

10:35:00
Gambar hiasan
Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dengan penambahbaikan mula dilaksana pada hari ini dan dikhusukan kepada murid-murid sekolah rendah yang kurang berkemampuan daripada golongan keluarga dalam kategori miskin tegar dan miskin menurut satu kenyataan media oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini.

Program RMT ini merupakan penambahbaikan kepada program makan tambahan sedia ada yang akan memanfaatkan murid-murid daripada golongan misikin.

RMT juga merupakan program bantuan makanan sedia ada yang disasarkan kepada murid sekolah rendah dalam kalangan keluarga miskin tegar, murid kurang upaya (OKU) dan murid di sekolah Asli/Penan. Seperti tahun-tahun yang lepas, RMT akan diberikan kepada murid yang disasarkan bermula dari hari pertama sesi persekolahan.

Sebagai permulaan, KPM berkata, program ini melibatkan sebanyak 100 BUAH SEKOLAH DAN 4000 orang murid di seluruh negara.

Masa pelaksanaan program ini antara jam 7.00 hingga 7.30 pagi bagi sesi pagi dan antara jam 12.30 hingga 2.30 petang bagi persekolahan sesi petang. Perbezaan masa bagi sesi pagi ini adalah berbeza dari program RMT sebelum ini di mana murid-murid diberi makan pada waktu rehat sekolah.

Melalui pelaksanaan program ini, murid-murid diberikan pendidikan kesihatan dengan mengamalkan pengambilan sarapan, gaya hidup sihat yang membantu merangsang tumbesaran mereka di peringkat umur awal persekolahan. Nilai-nilai murni, pembinaan sahsiah diri dan disiplin dapat diterapkan melalui amalan adab dan etika makan dalam kalangan murid.

Pelaksanaan penambahbaikan program RMT ini diharapkan akan dapat memberi manfaat kepada murid-murid dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah.

Perkara ini selari dengan hasrat kerajaan dalam menyediakan bantuan pendidikan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »