Pertukaran guru suka sama suka bermula tahun ini - Maszlee

22:48:00
Berita gembira untuk semua guru. Melalui satu posting di laman Facebook rasmi beliau, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menjanjikan sesuatu yang terbaik untuk guru dan juga sistem pendidikan pada tahun 2020.

Beliau menulis:

Saya kongsikan di sini sebahagian daripada perancangan terbesar KPM untuk tahun ini.

Sekiranya tahun 2019 kita tumpu menyelesaikan isu-isu asas, tahun ini kita cuba untuk meletakkan titik noktah kepada isu ini.

Tiada lagi sekolah daif.

Tiada lagi kekangan buat anak-anak OKU.

Dan satu berita gembira buat guru-guru pula, mereka akan boleh bertukar secara suka sama suka.

Pertukaran ini pula boleh dilakukan hanya melalui aplikasi yang akan dilancarkan.

Hasrat saya adalah untuk guru-guru gembira, tidak tertekan dan memberikan tumpuan penuh untuk mendidik anak-anak kita.

Sebab guru-guru ialah nadi negara. Kebajikan mereka harus menjadi keutamaan.

Doakan!

#JalanTerus

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »