Pertandingan #Sinopsis Buku Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

12:51:00
Anda minat membaca dan menulis?

Jika ya, inilah peluang anda untuk menyerlahkan kemahiran literasi anda. Pertandingan #SinopsisBuku sedang berlangsung di Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia mulai sekarang sehingga 31 Januari 2020.

Cara penyertaan:
  • Anda hanya perlu like dan follow facebook Kementerian Pendidikan Malaysia dan menetapkan akaun Facebook anda ke mod public. 
  • Seterusnya, anda perlu memuatnaik gambar kreatif buku pilihan anda dan kongsikan sinopsis buku tersebut dalam 40 patah perkataan beserta #SinopsisBuku. 
  • Anda juga perlu tag 3 orang rakan anda di ruangan sama.
20 pemenang dengan gambar dan sinopsis yang paling kreatif berpeluang untuk memenangi baucar buku PBAKL20 yang boleh ditebus di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 yang akan berlangsung pada 27 Mac 2020 sehingga 5 April 2020.

#KPM #MalaysiaMembaca #SinopsisBuku

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »