Muat Turun Kit Professional Learning Community [PLC] (Komuniti Pembelajaran Profesional)

18:18:00
Naratif Baharu Amalan Pendidikan melalui Sub Naratif 2, iaitu pembangunan kompetensi guru telah meletakkan peranan guru daripada pembangunan kapasiti kendiri kepada sokongan profesional. Profesional Learning Community (PLC) merupakan salah satu inisiatif KPM untuk meningkatkan kualiti guru.

PLC di Malaysia telah bermula pada tahun 2011, Bahagian Pembangunan Guru (BPG) telah mengambil inisiatif untuk memperkasa dan menggerakkan PLC di 289 buah sekolah berprestasi rendah di seluruh negara. Bilangan ini merujuk kepada 274 buah sekolah menengah dan 15 buah sekolah rendah daripada 14 JPN dan 99 PPD. Pada peringkat permulaan, alat kolaboratif Lesson Study dipilih sebagai perkongsian amalan terbaik.

Hasrat utama PLC tertumpu pada perkongsian kemahiran dan pengetahuan guru, membina hubungan yang berkualiti, merancang program berfokus, menggerakkan sumber sedia ada di persekitaran dan berkongsi kepimpinan dalam merealisasikan Dasar Pendidikan Negara untuk membina modal insan berkualiti.

Kit Professional Learning Community (PLC) ini dibangunkan untuk membantu guru-guru membudayakan amalan PLC sebagai strategi pembangunan kompetensi guru ke arah kemenjadian murid.

Kit ini sangat penting kepada setiap warga pendidik sebagai rujukan utama untuk melaksankan PLC. Bahan ditulis dalam bentuk yang mudah dan jelas untuk difahami serta berkonsepkan mesra pengguna.

Penghasilan kit PLC ini juga diharapkan dapat menjadi garis panduan kepada setiap guru ke arah pemantapan sistem pendidikan kebangsaan. Segala aspirasi yang terkandung dalam kit ini dapat dimanfaatkan oleh semua guru.

Berikut beberapa petikan daripada Kit PLC yang boleh dimuat turun daripada link yang disediakan

Muat turun: Kit Professional Learning Community (PLC) KPM
Muat turun: Kit Professional Learning Community (PLC) KPM

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »