Muat Turun Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran - PJPK

18:29:00
Penyediaan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran merupakan nilai tambah dalam memastikan sistem pengurusan sekolah terutamanberkaitan dengan kurikulum mata pelajaran diurus tadbir dengan cekap dan berkesan. Justeru, usaha ini juga dapat mendorong pengurusan panitia mata pelajaran sentiasa berada pada landasan yang betul dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.

Jemaah Nazir mengharapkan agar warga pendidik khususnya barisan hadapan pengurusan sekolah dapat memanfaatkan buku ini dalam menjayakan transformasi pendidikan negara seterusnya meningkatkan kualiti kemenjadian murid.

Objektif penyediaan Buku Panduan Pengurusan Mata PelajaranPendidikan Jasmani dan Pendidikan  Kesihatan (PJPK) adalah seperti berikut:

i. Membolehkan pengetua/guru besar mengetahui peranannya sebagai pemimpin kurikulum yang professional (SKPMg2: Standard 1, 2, dan 3).
ii. Sebagai garis panduan untuk memudahkan Pengetua dan Guru Besar (PGB) menjalankan penyeliaan dan pemantauan dalam bidang pengurusan dan proses pembelajaran dan pengajaran PJPK dengan berkesan (SPI. KPM BIL. 8/2016: Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017)
Secara Berperingkat-peringkat Mulai Tahun 2017 dan SPI. KPM BIL. 9/2016: Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Secara Berperingkatperingkat Mulai Tahun 2017.
iii. Membolehkan Ketua Panitia PJPK mengurus dan mentadbir panitia dengan berkesan (SPI. BIL. 4/1986: Pengurusan Panitia Mata Pelajaran).
iv. Membolehkan guru PJPK mengurus dan melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran dengan lebih terancang dan berkesan (SKPMg2: Standard 4).
v. Membantu guru bukan opsyen PJPK memahami matlamat, objektif, pengurusan, pengelolaan dan strategi pengajaran mata pelajaran PJPK.
vi. Memberi garis panduan kepada pihak sekolah dalam melaksanakan pengurusan Ujian SEGAK (SPI. BIL. 2/2016: Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Di Malaysia).
vii. Mencetuskan idea kepada pihak pengurusan sekolah, ketua panitia dan guru yang mengajar mata pelajaran PJPK tentang cara meningkatkan penguasaan dan prestasi PJPK di Sekolah (SPI. BIL. 1/2014: Pentaksiran Berasaskan Sekolah).
viii. Memberi panduan aspek keselamatan dalam pengurusan mata pelajaran PJPK untuk meningkatkan tahap keselamatan sebelum, semasa dan selepas melaksanakan aktiviti PJPK. (SPI. Bil 5/2016 : Panduan Keselamatan Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum Dan Sukan Di Dalam Dan Di Luar Kawasan Sekolah.

Buku Pengurusan Mata Pelajara PJPK boleh dimuat naik di laman web KPM atau klik sahaja di SINI

Berikut adalah petikan beberapa mukasurat daripada buku panduan tersebut.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »