Muat Turun Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran - RBT

18:07:00
Penyediaan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran merupakan nilai tambah dalam memastikan sistem pengurusan sekolah terutamanberkaitan dengan kurikulum mata pelajaran diurus tadbir dengan cekap dan berkesan. Justeru, usaha ini juga dapat mendorong pengurusan panitia mata pelajaran sentiasa berada pada landasan yang betul dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.

Jemaah Nazir mengharapkan agar warga pendidik khususnya barisan hadapan pengurusan sekolah dapat memanfaatkan buku ini dalam menjayakan transformasi pendidikan negara seterusnya meningkatkan kualiti kemenjadian murid.

Objektif penyediaan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi adalah seperti berikut:

i. Membolehkan Pengetua/Guru Besar mengetahui peranannya sebagai pemimpin kurikulum yang profesional;
ii. Sebagai garis panduan untuk memudahkan pengetua dan guru besar menjalankan penyeliaan dalam bidang pengurusan dan proses pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi dengan berkesan;
iii. Membolehkan ketua panitia Reka Bentuk dan Teknologi mengurus dan mentadbir panitia dengan berkesan;
iv. Membolehkan guru Reka Bentuk dan Teknologi mengurus dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terancang dan berkesan;
v. Membantu guru bukan opsyen Reka Bentuk dan Teknologi memahami matlamat, objektif, pengurusan, pengelolaan dan strategi pengajaran mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi;
vi. Memberi garis panduan kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan guru penasihat Persatuan Kokurikulum Akademik (Reka Bentuk dan Teknologi) dalam melaksanakan pengurusan persatuan; dan
vii. Mencetuskan idea kepada pihak pengurusan sekolah, ketua panitia dan guru yang mengajar mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi tentang cara meningkatkan penguasaan dan prestasi Reka Bentuk dan Teknologi di sekolah.

Buku Pengurusan Mata Pelajaran RBT boleh dimuat naik di laman web KPM atau klik sahaja di SINI

Berikut adalah petikan beberapa mukasurat daripada buku panduan tersebut.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »