Jawatan Menteri Pendidikan milik Bersatu - Ketua Penerangan

22:10:00
SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) tidak perlu mengadakan mesyuarat bagi memilih Menteri Pendidikan yang baharu kerana penyandangnya, Dr Maszlee Malik adalah dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ketua Penerangan Bersatu, Dr Radzi Jidin berkata, ia susulan tindakan beberapa pihak yang secara terbuka mencadangkan nama calon tertentu bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Menurutnya, terdapat juga pihak yang mencadangkan pelantikan itu dibincangkan pada mesyuarat PH.

"Menurut Perkara 43(2)(6) Perlembagaan Persekutuan atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik menteri daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen.

"Ini bermakna adalah menjadi prerogatif atau hak budi bicara Perdana Menteri untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong tentang pelantikan seorang menteri. Ini juga bermakna, bukanlah menjadi keperluan untuk Perdana Menteri membincangkan pelantikan seorang menteri dalam mana-mana mesyuarat khusus melainkan beliau sendiri berpandangan sedemikian," katanya dalam satu kenyataan.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »