Hanya buat tinjauan bukan batal dasar - KPM

07:31:00

Kerajaan bukan mengkaji kemungkinan membatalkan dasar pemakaian kasut hitam di sekolah, tetapi hanya melakukan kajian pelaksanaan berhubung perkara itu.

Salah faham timbul di media sosial apabila laman Facebook "Friends of Maszlee Malik" memuat naik pekeliling Kementerian Pendidikan dan mendakwa dasar itu dikaji semula.

Hantaran itu telah dipadam tetapi dakwaan itu dipetik beberapa media.

Ketika dihubungi, seorang jurucakap Kementerian Pendidikan berkata kerajaan melaksanakan kajian pelaksanaan dan bukan mengkaji semula dasar itu.

"Bukan kajian semula, hanya tinjauan untuk melihat maklum balas sekolah dan murid sejak pemakaian kasut hitam dilaksanakan.

"Kementerian Pendidikan ingin mendapatkan dapatan data pelaksanaan pemakaian kasut hitam di peringkat sekolah.

"Pihak sekolah perlu mengisi kajian pelaksanaan ini sebelum atau pada 31 Januari 2020," katanya kepada portal Malaysiakini.

Pekeliling bertarikh 14 Januari 2020 (semalam) itu ditujukan kepada semua pengarah pendidikan Jabatan Pendidikan negeri, dan meminta sekolah mengisi tinjauan.

Selain aspek teknikal sekolah, tinjauan itu hanya mengemukakan tiga soalan, iaitu jumlah keseluruhan pelajar, jumlah pelajar yang memakai kasut hitam dan jumlah pelajar yang memakai kasut putih.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »