Surat Siaran Bil. 13/2019 Pelaksanaan Pengenalan Tulisan Jawi Dalam Bahasa Melayu Murid Tahun 4 Mulai Tahun 2020

21:31:00
Surat ini bertujuan memaklumkan pelaksanaan Pengenalan Tulisan Jawi dalam kurikulum mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) secara berperingkat-peringkat mulai Tahun 2020

Pengenalan awi dilaksanakan sebagai pengisian dalam aspek seni bahasa dan untuk memperkaya murid dengan pengetahuan mengenai seni, warisan dan sejarah Bahasa Melayu.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Ogos 2019 telah membuat keputusan mengenai pelaksanaan Pengenalan Tulisan Jawi di SJK seperti berikut:

  • Tulisan Jawi dikekalkan dengan nama Pengenalan Tulisan Jawi dan bukannya Khat.
  • Pengenalan Tulisan Jawi hanya pada peringkat asas dan dilaksanakan secara pilihan kepada murid Tahun 4 mulai tahun 2020, murid tahun 5 pada tahun 2021 dan murid Tahun 6 pada tahun 2022.
  • Pengenalan Tulisan Jawi hanya dilaksanakan jika dipersetujui oleh PIBG, ibu bapa dan murid.
  • Pengenalan Tulisan Jawi tidak dinilai dalam apa-apa ujian atau peperiksaan.

PdP Tulisan Jawi di SJK hendaklah menggunakan DSKP Bahasa Melayu Tahun 4 SJK yang telah dibuat pindaan berkaitan SP 4.4.1 dan 4.4.2.

Sila rujuk Garis Panduan yang disertakan bersama surat ini.

MUAT TURUN: 
SURAT SIARAN BIL. 13/2019: PELAKSANAAN PENGENALAN TULISAN JAWI DALAM KURIKULUM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU KEPADA MURID TAHUN 4 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT MULAI TAHUN 2020
MUAT TURUN: 
SURAT SIARAN BIL. 13/2019: PELAKSANAAN PENGENALAN TULISAN JAWI DALAM KURIKULUM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU KEPADA MURID TAHUN 4 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT MULAI TAHUN 2020


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »