KPM tidak pandang ringan gangguan seksual kanak-kanak

21:25:00
JANGAN PANDANG RINGAN TERHADAP GANGGUAN SEKSUAL KANAK-KANAK

Peka dengan keselamatan diri kanak-kanak, Kementerian Pendidikan Malaysia semalam telah melancarkan sebuah video keselamatan bertujuan mendidik anak-anak terutamanya prasekolah mengenai sentuhan selamat dan tidak selamat kepada tubuh badan mereka.

Video berjudul 'My Body is Mine' mengambil pendekatan animasi bagi membolehkan pemahaman dan penyampaian secara santai tetapi berkesan kepada kanak-kanak.

Video ini bertepatan dengan inisiatif Kementerian yang telah memperkenalkan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) dalam kurikulum Pendidikan Kesihatan menerusi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan dalam ucapan beliau berkata “memberi pendedahan kepada kanak-kanak seawal usia mengenai sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat merupakan satu keperluan. Justeru itu, KPM mengambil inisiatif menghasilkan video ini agar kanak-kanak dapat memahami mesej yang ingin disampaikan dengan cara yang mudah diingati dan difahami”.

Video bergenre animasi kanak-kanak berdurasi 1 minit 30 saat ini telah sedia dimuat turun di dua platform iaitu di portal rasmi kementerian www.moe.gov.my dan TV Pendidikan Malaysia www.eduwebtv.moe.edu.my.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »