Tak dapat “A” SPM tak mati pun...

11:23:00
Musim SPM sudah tiba. Macam-macam ragam dapat diperhatikan untuk naikkan semangat murid-murid ini untuk berhadapan dengan ujian paling besar dalam hidup mereka.

Seorang guru cemerlang Cikgu Mohd Ridzuan Md Nasir berkongsi pengalaman beliau bagaimana kehidupan beliau selepas keputusan SPM. Jom baca!

SPM SAYA TIADA 'A'.

Hari ni SPM. Teringat kisah dulu-dulu. Perasaan sewaktu mengambil keputusan SPM masih sya ingat. Saya bukan budak pandai. Keputusan SPM takde A sebiji pun. Tak ditawarkan masuk mana-mana universiti masa tu. Last2 terima tawaran diploma di politeknik. Result diploma setiap sem tak pernah dpt 3 point. Semester akhir hanya dapat 2.75. Lepas tu minta kerja takde siapa nak terima. Mungkin sb xde 'pakej'. Masa tu pun xde niat nak sambung degree sb rasa mcm kita tak pandai.

Lepas diploma pernah kerja macam-macam. Pernah kerja pam minyak dan jurujual kat supermarket. Pernah juga jd jurujual racun serangga kat syarikat pest control. Bertahan beberapa bulan je. Lepas tu dapat kerja kerajaan jadi kerani kat hospital yg masa tu dpt gaji level SPM, RM800. Orang pandang sebelah mata je. Kalau ingat semula rasa macam nak menangis. Masa tu baru saya sedar bahawa tahap pendidikan tu sangat penting kalau nak 'berjaya' pada pandangan mata masyarakat.

Selepas satu tahap saya tak tahan dengan iklim kerja ketika itu, saya cuba mohon sambung ijazah sarjana muda di UPSI. Permohonan kali pertama tak lulus. Kakak saya nasihatkan buat rayuan. Alhamdulillah, rayuan saya diterima. Tp selalu juga kena perli dengan budak-budak yg first intake. Kononnya kita ni hanya pelajar yang dtg dengan tiket rayuan. Bukannya betul2 layak. Selalu jadi isu. Tapi semua tu saya tak peduli. Yang negatif saya letak tepi. Saya berjanji dengan diri sendiri dan berazam mesti belajar sungguh2. Saya tak mahu lagi duduk di tempat yang masyarakat asyik rendah-rendahkan saya.

Sewaktu di universiti, saya pernah beberapa kali dapat anugerah dekan. Akhirnya saya grad dengan pointer 3.45. Tu pun sya dh bersyukur sgt. Selepas konvokesyen dan lulus temuduga, akhirnya saya menjadi seorang GURU. Syukur yang tidak terhingga.

Selepas jadi guru, saya jadi semakin cintakan ilmu. Tambahan pula saya terpaksa mengajar subjek bukan opsyen. Semangat untuk terus belajar dan meningkatkan potensi diri tu sangat kuat. Saya cuba mohon sambung master di bawah tajaan KPM. Alhamdulillah, rezeki berpihak pada saya. Pengajian master saya ditaja sepenuhnya oleh kerajaan tanpa sya perlu mengeluarkan satu sen pun.

Tanggal 28 Oktober 2019, saya sekali lagi berkonvokesyen untuk menerima ijazah sarjana saya di UNIMAS. Tamat dengan cemerlang dalam tempoh 2 tahun. Hajat untuk sambung PhD tu ada. InsyaAllah tunggu masa yang sesuai. Doakanlah saya.

Sedikit nasihat daripada saya; berusahalah, kamu pasti berjaya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kejayaan pasti akan jadi milik kita andai kita menginginkannya dan ingatlah, tidak ada yang akan gagal selamanya. Walapun pada awalnya kita tidak bermula dengan baik, tidak semestinya pengakhiran kita juga tidak baik. Jadilah seseorang yg bukan biasa-biasa.

Kesimpulannya, tiada A dalam SPM tidak semestinya awk gagal dlm kehidupan. Yang penting jangan berhenti belajar dan berusaha. Mohonlah doa daripada ibu bapa. Sesungguhnya doa mereka untuk anak2 pasti dimakbulkan. Teruslah melangkah ke hadapan. 😊

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »