Kekurangan guru adalah bersifat sementara - KPM

17:37:00
Gambar hiasan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui satu kenyataan media memaklumkan kementerian tersebut memandang serius laporan berita sebuah akhbar berkenaan status bilangan guru yang berkurangan di Malaysia.

Menurut kenyataan tersebut, KPM memaklumkan peratus pengisian jawatan guru hingga Oktober 2019 adalah 97%.

KPM melaksanakan pengisian guru dari semasa ke semasa dalam kalangan graduan pendidikan lepasan Institut Pendidikan Guru / universiti awam tertakluk kepada kekosongan jawatan dan keperluan opsyen mata pelajaran.

Urusan pengambilan guru dilaksanakan oleh KPM melalui Suruhanjay Perkhidmatan Pelajaran (SPP) yang dijalankan sepanjang tahun.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »