Ibu bapa beratur sendiri beri hadiah kepada murid sempena Hari Apresiasi

08:35:00
Setiap kali menjelang hujung tahun, kesibukan sekolah menganjurkan majlis apresiasi kepada murid-murid mereka pasti menjadi perhatian. Ada yang sibuk menghias pentas, menyediakan makanan, memeperagakan pakaian, persembahan dan pelbagai lagi acara bagi mengisi majlis tersebut.

Seorang guru dari SK Haji Dahalan, Shima Cimot berkongsi keunikan Majlis Apresiasi Prasekolahnya yang berlangsung pada 14 November 2019 di laman Facebook beliau.
Menurut beliau, ini adalah pertama kali dalam sejarah sekolanya ibu bapa kepada murid-muridnya bersama-sama menyumbangkan hadiah. Apa yang menariknya, sumbangan tersebut turut diserahkan sendiri oleh mereka terus kepada murid. Jika dilihat di dalam video-video yang dikongsikan, murid-murid membawa plastik yang besar untuk mengisi pelbagai hadiah yang disediakan.
Imej via Shima Comot FB
Imej via Shima Comot FB
Imej via Shima Comot FB
Beliau sendiri tidak menjangka perkara ini namun menzahirkan rasa syukur beliau dan berpendapat ini adalah rezeki kepada murid-muridnya.

Memang jarang berlaku aktiviti sebegini di sekolah. Jika ada sumbangan pun, semuanya berlaku di belakang pentas atau pun tidak langsung. Ini menunjukkan sokongan ibu bapa dan komuniti begitu baik dan kukuh di SK Hj Dahalan.

Tahniah kami ucapkan!


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »