Elaun Perjalanan Kenderaan (EPK) Penjawat Awam Dinaikkan

18:25:00
Melalui satu siaran bertrikh 12 November 2019, adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah melaksanakan penambahbaikan ke atas kadar Elaun Perjalanan Kenderaan (EPK) di bawah Pekeliling Perbendaharaan (PP) WP1.4: Kadar dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Kerana Menjalankan Tugas Rasmi (Tidak Termasuk Tentera dan Polis) dan PP W1.5: Kadar dan Syarat Tuntutan Elaun dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia Kerana Menjalankan Tugas Rasmi.

Penambahan kadar tersebut melibatkan:

1. Kenaikan kadar EPK antara RM0.10 sehingga RM0.15 bagi setiap kilometer
2. Pengurangan julat jarak perjalanan daripada 4 kepada 2 sahaja
3. Kadar EPK dikategorikan mengikut jenis kenderaan iaitu kereta dan motorsikal

Kadar baharu EPK adalah seperti berikut:
Berikut adalah surat siaran tersebut sebagai rujukan:

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »