“Saya tiada niat perlekeh penguasaan Bahasa Inggeris” - Maya Karin

15:11:00
Status Twitter Maya Karin mengenai kanak-kanak di Teregganu berusia 10 tahun yang tidak tahu menjawab soalan asas dalam bahasa Inggeris dikecam hebat oleh netizen. Ada berpendapat status itu seakan mempersendakan kanak-kanak yang tidak pandai berbahasa Inggeris.
Bagaimanapun, Maya menjelaskan statusnya itu disalah ertikan dan dia tiada niat untuk memperlekehkan mana-mana pihak tetapi hanya untuk memberi kesedaran mengenai sistem pembelajaran bahasa Inggeris.

Ujarnya lagi, fokus status tersebut adalah mengenai mutu pendidikan dan daya keyakinan pelajar. Malah, Maya turut menyarankan orang ramai tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa buang rasa malu untuk cuba bertutur bahasa Inggeris.

“Kena ajar untuk tidak malu. Memang awal-awal mungkin berterabur bertutur bahasa lain tetapi lama-kelamaan boleh cakap dengan baik. Macam bahasa Malaysia saya,” katanya.

Terdahulu, Maya berkongsi pengalamannya bertanyakan tentang umur kepada seorang budak perempuan dalam bahasa Inggeris. Bagaimanapun, soalan tersebut dijawab budak perempuan berkenaan apabila Maya bertanyakan dalm bahasa Malaysia.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »