Ketua Pengawas UPKK maut kemalangan empat kenderaan

12:47:00
PASIR MAS 1 Okt. - Seorang ketua pengawas peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) maut kletika dalam perjalanan untuk mengambil kertas peperiksaan tersebut apabila kereta terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas berhampiran Kampung Kenjong dekat sini pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu menyebabkan guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) Sekolah Kebangsaan (SK) Kelas di sini, Mariana Yusof yang memandu kereta jenis Proton Isawara meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan itu juga menyebabkan seorang lagi pemandu kereta dan dua penunggang motosikal cedera.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Penolong Penguasa Bomba Sapawi Setapa berkata, kemalangan itu membabitkan dua kereta termasuk sebuah yang dipandu mangsa dan dua buah motosikal.

"Kita menerima panggilan pada pukul 8.11 pagi. Seramai lapan anggota bersama ketua operasi Pegawai Bomba Kanan II Adnan Muhamad Juri telah dikejar ke lokasi kejadian," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »