Ketua Juri Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak akan diambil tindakan - KPM

19:35:00
Putrajaya, 15 Okt - Isu debat Bahasa Inggeris yang tular di media sosial akhirnya mendapat respon daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Melalui satu Kenyataan Media yang dikeluarkan melalui laman facebook rasmi KPM, satu siasatan telah dibuat ke atas juri yang terlibat dan mendapati Ketua Juri Mohammad Aidil bin Ali dan Iyad Zakiy Amal selaku pemilih usul TIDAK MEMBUAT SEBARANG PERBINCANGAN ATAU MENDAPATKAN PANDANGAN AWAL daripada pihak SDAR berkaitan dengan usul tajuk debat.

SDAR turut memaklumkan bahawa panduan Standard Operating Procedure (SOP) perdebatan telah diperjelaskan kepada ketua juri agar pemilihan tajuk tidak menyentuh sebarang sensitiviti agama, kaum, kebudayaan dan isu yang boleh menggugat keselamatan negara.

Justeru pihak KPM melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) juga sedang meneliti kemungkinan untuk mengambil tindakan terhadap kedua-dua juri berkenaan yang juga merupakan pelajar dari sebuah Institusi Pendidikan Tinggu Awam (IPTA).

KPM menegaskan sekali lagi tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan secara sengaja atau tidak dalam menganjurkan program-program yang boleh menganggu keamanan antara kaum dan negara.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »