[Foto] Asrama sekolah hangus dijilat api

06:19:00
JULAU: Asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Serau, di sini, musnah dalam kebakaran, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.23 petang.

“Pengadu memaklumkan kebakaran membabitkan sebuah asrama berstruktur tidak kekal.

“Ketika membuat panggilan itu, pengadu turut memaklumkan kebakaran sudah merebak ke seluruh asrama,” katanya dalam satu kenyataan.
Susulan itu, katanya, sepasukan tujuh anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor dikejarkan ke lokasi.

Bagaimanapun, maklumat lanjut berhubung kejadian termasuk keadaan murid sekolah terbabit, belum diperoleh setakat ini.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »