Alieff Irfan akui filem separa lucahnya jejaskan maruah guru

14:09:00
Filem ini telah pun dipadamkan di Youtube dan Facebook
Video terbaharu personaliti Youtube Kelantan, Alieff Irfan yang didakwa memaparkan unsur seksual mengundang kecaman ramai.

Alieff atau nama sebenarnya Muhammad Aliff Irfan Aziki sewaktu dihubungi akhbar mStar mengakui kesilapannya menghasilkan video tersebut.

"Tentang itu, saya akui salah saya. Video tu pun sudah dipadam di Facebook dan Youtube sekitar jam 6 petang hari Selasa.

"Kali ini, bila saya tengok balik, saya nampak saoah saya dan tak sepatutnya ia dibuat. Saya akui ia memang menjatuhkan maruah guru.

"Rasa bersalah walaupun ia cerita rekaan semata-mata, sebab ia bawa pengaruh buruk," kata Alieff.

mStar melaporkan Alieff telah nekad untuk memperbaiki mutu penghasilan video pada masa depan agar ia dapat memberi impak positif kepada masyarakat.

Beliau turut juga menetapkan setiap pelakon dalam videonya pada masa hadapan perlu menutup aurat dan sopan.

"Ada budak-budak yang kata mereka idolakan saya. Tapi bila saya buat video ini, emosi mereka dan ibu bapa terganggu. Mak ayah sudah tidak benarkan anak-anak mereka menonton video saya.

"Ini membuka mata saya bahawa benda ini membawa pengaruh buruk dan saya akan perbaiki pada masa akan datang," ujarnya lagi.

Video berkenaan yang berjudul Special Armed Force (SAF) X Jasmine Suraya memaparkan kisah seorang murid dan guru wanita dikenali sebagai Cikgu Suraya.

Filem ini juga dikatakan diadaptasi daripada sebuah cerpen lucah Cikgu Suraya yang pernah popular satu masa dahulu.

Namun kata Alieff, ia sebenarnya diinspirasikan daripada filem Paskal yang mana ia dihasilkab dengan plot twist adaptasi cerpen berkenaan.

Dalam pada itu, mStar melaporkan ramai pengguna media sosial turut meluahkab rasa kurang senang mereka atas penghasilan karya berkenaan.

Selain disifatkan memalukan orang Kelantan, Alieff juga didakwa banyak memaparkan unsur lucah ringan dan sexual grooming dalam setiap video yang dihasilkan beliau.

Seorang guru selebriti media sosial Facebook, Mohd Fadhli Othman turut menyifatkan video berkenaan merosakkan kerjaya seorang pendidik.

Beliau berkata, guru sepatutnya memberi contoh yang baik bukan menjadi simbol seks. Penggunaan watak cikgu telah memberi impak kotor kepada kerjaya suci tersebut.

Video-video sebegini akan menarik murid-murid ke kancah ketagihan bahan lucah pada masahm hadapan.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »