(Video) Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah

16:33:00
Penjaminan kualiti merupakan piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yang ditetapkan. Kualiti hendaklah menjadi keutamaan dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran.
Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan skor yang sah dan boleh dipercayai dan menunjukkan tahap penguasaan murid yang sebenar. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.

Penghasilan Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini ialah usaha Lembaga Peperiksaan untuk memastikan pelaksanaan PBS yang terdiri daripada empat komponen iaitu

  1. Pentaksiran Sekolah (PS) kini dikenali sebagai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
  2. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), 
  3. Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan 
  4. Pentaksiran Pusat (PP), 

seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Seksyen 67, Seksyen 68, Seksyen 69 dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dapat dilaksanakan mengikut prinsip dan prosedur yang ditetapkan demi keadilan kepada calon serta menjamin kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran.

Panduan ini juga dapat membantu semua pihak yang terlibat dengan PBS iaitu pentadbir sekolah dan guru-guru sebagai pentaksir, pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang menjalankan tugas Penjaminan Kualiti PBS.

Kejayaan Penjaminan Kualiti PBS amat bergantung kepada kerjasama dan komitmen yang berterusan daripada semua pihak. Kerjasama dan komitmen ini amat diperlukan bagi mempertingkatkan tahap pelaksanaan PBS demi menjaga integriti negara di mata dunia. Adalah diharapkan budaya kerja ini berterusan demi merealisasikan moto Lembaga Peperiksaan iaitu Adil, Sahih dan Amanah.

Muat Turun: Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Berikut adalah video terbitan Jabatan Pendidikan Negeri Perak berkenaan Penjaminan Kualiti yang dilakukan secara praktikal agar mudah difahami semua.


Muat Turun: Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Muat Turun: Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »