Sekolah dipecah masuk, barang rampasan pelajar hilang

21:57:00
BEBERAPA barangan rampasan pelajar termasuk vape dan telefon pintar antara yang hilang dalam kejadian pecah masuk di sebuah sekolah menengah di Bandar Country Homes, Rawang malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Arshad Kamaruddin berkata, kejadian disedari guru kanan sekolah itu pada 6.55 pagi selepas dia melihat bilik pengetua, bilik guru penolong kanan dan bilik fail sekolah berselerak.
Katanya, selepas pemeriksaan lanjut, dia mendapati 27 telefon pintar pelbagai jenama dan satu vape yang semuanya barangan rampasan pelajar hilang.

“Selain itu, wang tunai sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) RM2,537 turut hilang.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber: Harian Metro

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »