PPSMI, KPM sambut baik saranan Perdana Menteri

12:53:00
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyambut baik saranan yang dikemukakan oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu pengajaran dana pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris semsa sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat semalam, 16 Julai 2019.

KPM sememangnya sedang melaksanakan kajian terperinci berhubung perkara ini dengan mendapatkan pandangan menyeluruh masyarakat termasuk meneliti aspek penerimaan, kesediaan, mekanisme dan strategi berkaitan.
KPM sentiasa komited untuk meningkatkan tahap penguasaan pelajaran Sains dan Matematik dalam kalangan anak-anak kita supaya mampu membentuk generasi kalis masa depan.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menegaskan semua keputusan yang akan diambil kelak adalah berdasarkan kepada keperluan dan kepentingan anak-anak Malaysia sepenuhnya.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »