NUTP tidak setuju pelaksanaan semula PPSMI

10:12:00
Kuala Lumpur: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengkaji semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Bagaimanapun, organisasi berkenaan bersetuju dengan usaha kerajaan meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar, termasuk menggunakan Program Dwi Bahasa (DLP) dan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Presidennya,Aminuddin Awang, berkata, walaupun cadangan berkenaan menggunakan sistem baharu, namun ia masih ada kaitan dengan dasar dilaksanakan seeblum ini.
Katanya, NUTP kekal dengan pendirian asal supaya peningkatan penguasan bahasa Inggeris menggunakan kaedah lebih komprehensif, tetapi bukan mengembalikan semula dasar PPSMI.

"Yang ini (PPSMI) kita tidak bersetuju kerana saya berpendapat ia bukan kaedah terbaik untuk meningkatkan penguasaan dalam bahasa antarabangsa itu.

"Saya bersetuju DLP dilaksanakan kerana ia antara kaedah terbaik untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dan ia juga dipersetujui banayak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di seluruh negara," katanya ketika dihubungi semalam.

Di dewan Rakya semalam, Tun Mahathir Mohamad berkata, kerajaan mengkaji pelaksanaan semula dasar PPSMI menggunakan sistem baharu.

Perdana Menteri berkata, menerusi sistem dengan penggunaan ICT itu, pengajaran guru terbaik akan direkodkan untuk digunakan di semua sekolah, sekaligus kecekapan guru terabik dapat dikongsi semua murid dan mencapai hasil hampir sama.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »