KPM nafi jadi penganjur bersama program Perak MUDA Medalist Dancesport Championship

09:57:00
Putrajaya: Oleh kerana penganjur gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan, KPM melalui Menterinya, YB Dr Maszlee Malik telah membuat penafian tidak terlibat dengan apa jua program yang dianjurkan oleh MUDA.

Pihak penganjur seharusnya telah membatalkan penyertaan mereka yang tidak mematuhi tatacara pemakaian.

KPM menurut beliau memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyalahgunakan nama dan logo Kementerian, sekali gus memburukkan imej Kementerian.

Sebelum ini beberapa keping foto majlis berkenaan tersebar luas di media sosial dan tertera nama dan logo Kementerian Pendidikan Malaysia.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »