Syor tulisan jawi, Mandarin dan Tamil subjek wajib di sekolah kebangsaan

10:09:00
KUANTAN - Dewan Pemuda Pas Pusat mencadangkan supaya mata pelajaran berasaskan tulisan jawi, Mandarin dan Tamil dijadikan sebagai subjek wajib di sekolah-sekolah kebangsaan di negara ini.

Ketuanya, Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, cadangan itu dikemukan Dewan Pemuda Pas Pusat supaya dimasukkan dalam manifesto pilihan raya parti itu selepas ini.

“Langkah ini supaya berlakunya integrasi nasional yang mana bahasa merupakan antara faktor ke arah mewujudkannya.

“Sebab itu kita dapat lihat kaum bukan Islam berjuang untuk sekolah vernakular. Jadi kita mengemukakan cadangan ini bagi mengangkat perpaduan kaum dan menghormati keluhuran Perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi penggulungan pada hari terakhir Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-65 di Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di sini hari ini.

Khairil Nizam berkata, melalui cadangan itu juga, masalah pengangguran akan dapat diatasi apabila wujud jawatan baharu menerusi pengenalan subjek tulisan jawi, Mandarin dan Tamil. - UTUSAN ONLINE

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »