SJKC Kuo Kang 2 pecah rekod dunia, PdP muzik paling ramai

10:38:00
JOHOR BAHRU - Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuo Kuang 2, di sini memecah Rekod Dunia Guinness selepas mengumpulkan 2,869 murid dalam satu sesi pembelajaran alat muzik ukulele selama 30 minit.

Kejayaan tersebut diumumkan wakil Ibu Pejabat Guinness World Records di London, Brian Sobel selepas hanya lima murid terkeluar daripada percubaan memecahkan rekod dunia itu.

"Lima pelajar tersingkir daripada percubaan itu kerana ada di antara mereka pergi ke bilik air untuk membuang air kecil.

"Selain itu ada yang tidak memberi fokus penuh ketika sesi pembelajaran itu berlangsung tadi," katanya pada sidang media di dewan utama SJKC Kuo Kang 2 kelmarin.
SJKC Kuo Kuang 2, di sini memecah Rekod Dunia Guinness selepas mengumpulkan 2,869 murid dalam satu sesi pembelajaran alat muzik ukulele selama 30 minit.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan dan Kecemerlangan Sukan, Kokurikulum dan Seni Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan, Razuki A Rahim dan Guru Besar SJKC Kuo Kang 2, Teo Boong Sai.

Sobel berkata, setiap percubaan memecah rekod dunia ada garis panduan dan peraturan yang perlu peserta ikuti dan amat dititik beratkan.
 "Namun walaupun ada yang tersingkir, seramai 2,869 murid berjaya menamatkan sesi pembelajaran itu," katanya.

Menerusi percubaan itu, semua murid diminta mengikuti kelas pembelajaran alat muzik ukulele diketuai seorang tenaga pengajar dan antara yang diajar ialah asas penggunaan alat muzik berkenaan.

Kejayaan SJKC Kuo Kuang 2 itu sekali gus melebur rekod lama yang dicatatkan sebuah sekolah di Jepun pada lima tahun lalu iaitu pada 2014 dengan 2,400 murid.
Sumber: Sinar Harian

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »