Penjelasan berkenaan kekeliruan cuti Hari Raya Aidilfitri 2019

17:38:00
KUALA LUMPUR: Masih terdapat kekeliruan berhubung tarikh cuti persekolahan dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Bagi negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu di bawah Kumpulan A, cuti sekolah pertengahan tahun jatuh pada 24 Mei 2019 hingga 8 Jun 2019.

Manakala bagi negeri-negeri lain (Kumpulan B), cuti sekolah bermula pada 25 Mei 2019 sehingga 9 Jun 2019.

Di samping itu, Kementerian Pendidikan turut memperuntukkan Cuti Perayaan satu hari pada 9 Jun 2019 untuk Kumpulan A dan 10 Jun 2019 untuk Kumpulan B.
Mengikut takwim yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia, cuti sekolah yang melibatkan perayaan telah diselaraskan dan ia tidak perlu diganti.

Ini memudahkan ibu bapa membuatkan perancangan percutian dan perjalanan balik kampung.

Hari Raya Aidilfitri dijangka disambut pada 5 Jun 2019.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »