Kenapa KPM buat keputusan perlu guna CEFR di Malaysia (Part 2c)

14:38:00
Part 2c: Kenapa CEFR?

Jika terlepas tren

Part 1:Apa Itu CEFR?,
Part 2a: Kenapa CEFR?,
Part 2b: Kenapa CEFR?
sila ke pos sebelum-sebelum ni.

Disclaimer: My personal opinions are mine. Not CDD's, not MoE's. / Segala pendapat peribadi saya tidak mewakili BPK atau KPM.
So, yg dah baca pos:
Part 1, kita dah tau apa itu CEFR.
Part 2a pulak dah cerita pasal: MEB 2013-2025, EL Roadmap 2015-2025 dan Baseline Study 2013.
Part 2b: Kenapa CEFR? pulak dah cerita pasal harmonising the conflicting components.

Part 2c ni akan cerita kenapa kita decide untuk guna CEFR, bukan penanda aras yang lain seperti ACTFL dan lain-lain.

1) Aligning all components to CEFR standards

Penggunaan CEFR hanyalah sebagai framework yang membolehkan semua orang faham kat mana level seseorang itu. Kalau tak ingat CEFR tu apa, pulang semula ke pangkal jalan dan baca Part 1: Apa itu CEFR?

Kalau orang tu cakap "Saya mahir Bahasa Melayu pada tahap A2", atau "Saya boleh membaca pada tahap C2 dalam BI tapi bercakap pada A2 level". Kiranya semua pun sama-sama faham dah apa maksud level A ke, B ke, C ke.

Jadi bila CEFR diambil sebagai satu framework untuk govern semua komponen dalam pendidikan BI, semua orang pun boleh faham kalau kita kata kurikulum kita target budak form 3 pada B1, maka textbook pun content dia kat B1 level, exam pun akan pitch pada B1.

Kiranya boleh ELAK lah isu kurikulum diajar pada B1 level, tetiba exam pada C2 level. Textbook pulak tetiba banyak A2 content. So dah solve satu isu.
2) CEFR as an international benchmarking while keeping it Malaysian

Ingat tak pasal cadangan MEB/PPPM untuk suruh pendidikan BI kita di benchmark dengan penanda aras antarabangsa tapi masih mengekalkan ciri-ciri Malaysia?

Jadi, apa yg BPK, LP, BSTP, BPG, IPGM, dan ELTC buat ialah, dengan menggunakan bahan (kurikulum, exam, textbook criteria, teacher training) yg kita ada, kita jajarkan(align) pada standards CEFR.

Kiranya kita bukan ubah 100%. So kalau ada makhluk yg cakap CEFR ni susah lah, lain sangat dgn kurikulum dulu, memang nak kena berdiri atas kerusi dan saya rotan terus.

Sebab, content dan learning standards dalam DSKP tak banyak beza pun. Yg mana high level sgt, kita rendahkan ikut target CEFR untuk murid tahun tu. Yg mana rendah, kita jajarkan bagi sama level dengan target CEFR.

So mcm saya ada cakap dalam pos lepas, bila kita jajarkan kepada CEFR, kurikulum tu akan jadi lebih konsisten, bukannya jadi lebih omputeh.

(Nanti saya akan cerita lebih lanjut mengenai kurikulum CEFR yg telah dijajarkan dalam pos Part 3: What's new in the CEFR-aligned curriculum.)
3) CEFR is used worldwide, therefore helps facilitate mobilisation of pupils

Jadi, bila pendidikan kita dah jajar kepada standard antarabangsa, kalau murid-murid kita nak pindah ke negara lain (untuk menyambung pelajaran atau untuk berpindah mengikut keluarga), kiranya sekolah baru diorang kat luar negara tu dah terus tahu tahap murid tu.

Yg nak masuk uni: "Oh, murid ni tamat Form 5 pada tahap B1"
Yg pindah ikut family: "Oh, murid ni belajar English pada tahap A1"

Kiranya, pergerakan murid kita ni tak terbatas.

Bukan sahaja ke luar negara, kalau pindah negeri pun, cikgu sekolah baru tu takde masalah nak ajar budak tu sebab tahap dia pada level yg sama, walaupun sekarang semua sekolah pakai school-based assessment.

(Antara kritikan paling kuat SBA ni ialah mcm mana nak tau standard murid tu sama ke tak sebab lain sekolah lain tahap? Tp untuk BI, tak jadi isu sangat sebab BI adalah kemahiran, maka topic pembelajaran boleh diperbagaikan)

Anyway, kita guna CEFR sebagai framework sebab CEFR paling meluas digunakan serata dunia. Pindah la mana pun, kalau sebut CEFR, ramai dah faham apa maksud A, B dan C levels. Berbanding dgn framework lain, seperti ACTFL, penggunaannya tak berapa meluas. Jadi still akan ada isu kalau pindah ke negara yg tak guna ACTFL.
4) CEFR: a non-prescriptive framework

CEFR framework ni, dia cuma digunakan sebagai rujukan penanda sahaja bagi tahap komunikasi 4 kemahiran bahasa.

Dia takde cakap apa yg cikgu patut ajar atau camne cikgu kena ajar.

Jadi, kalau tetiba ada orang buat promosi kursus CEFR Approach, cepat-cepat cakap "aiyok, CEFR takde cakap pun camne cara mengajar. CEFR tu penanda aras je (sambil kembang hidung bangga diri).

Diulangi, CEFR just digunakan untuk bagitau tahap sebagai rujukan korang je. Ok?

Jadi, Malaysia boleh menggunakan framework ini sebagai rujukan penanda aras tahap murid, tapi masih mengekalkan kepelbagaian kaedah (metodologi) pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang bersesuaian dengan murid.

Kiranya kalau cikgu tu tahu tahap anak murid dia, dia boleh adjust kaedah dan tahap bahan PdP dia supaya match dengan tahap murid. Bagus kan?

Ok. Sekian Part 2a, b, c: Kenapa CEFR?

Lepas ni pos Part 3 untuk cikgu-cikgu yg masih kelam kelabu mengenai CEFR-aligned curriculum pulak.

Sumber: Azmira Amran

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »