Kantin tutup sepanjang Ramadan susahkan pelajar bukan Islam?

16:20:00

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan akan menyiasat aduan ibu bapa mengenai penutupan kantin sekolah sepanjang bulan Ramadhan yang didakwa menyusahkan pelajar bukan Melayu.

Menterinya Dr. Maszlee Malik berkata, beliau akan mengambil tindakan sewajarnya melihat perkara tersebut.

“Saya akan melihat perkara perkara tersebut terutama sekolah-sekolah yang dibuat aduan,” katanya secara ringkas kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai aduan ibu bapa seorang pelajar dalam akaun Twitter yang menyatakan kekesalannya pada hari pertama bulan puasa apabila mendakwa kantin di sekolah anaknya akan ditutup sepanjang bulan Ramadan.


Joshua Navin yang mengajukan soalan itu kepada Maszlee berkata: “is it your ministry’s guideline that school canteen’s be shutdown during fasting month??My daughter’s school canteen has been shut down for entire fasting month. Don’t you think it’s ridiculous?
(Adakah garis panduan kementerian anda (menyatakan) kantin sekolah ditutup semasa bulan puasa? Kantin sekolah anak perempuan saya telah ditutup seluruh bulan puasa. Tidak kah anda fikir ia mengarut?)

Maszlee bagaimanapun tidak memberi penjelasan lanjut bila perkara itu akan disiasat dan bentuk tindakan yang akan menyusul menerusi kementerian beliau. – MalaysiaGazette

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »