Hapus sekolah vernakular, tiada perbincangan terperinci diperingkat kabinet

10:06:00
PERMATANG PAUH 24 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, tiada perbincangan secara terperinci dilakukan diperingkat Kabinet berhubung desakan sesetengah pihak yang menuntut agar sekolah vernakular dihapuskan.

Wan Azizah berkata, desakan agar sekolah vernakular ditutup itu telah lama dilakukan dan beliau sendiri sedar mengenai perkara berkenaan.

“Saya telah dengar lama (tuntutan agar sekolah vernakular ditutup), cuma di peringkat Kabinet belum bincang secara terperinci,” katanya selepas merasmikan dewan Yayasan Aman di Penanti di sini hari ini.
Yang turut hadir Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar,

Timbalan Ketua Cabang PKR Permatang Pauh, Dr. Afif Bahardin.

Sebelum ini, sebanyak 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerusi satu memorandum mencadangkan kepada kerajaan supaya menghapuskan sekolah vernakular di negara ini.

Antara NGO yang terlibat ialah Majlis Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Kesatuan Melayu Nasional (KMN), Majlis Bendahara Malaysia (MBM), Amanah Rasah Cekal (ARC) dan lain-lain. - UTUSAN ONLINE

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »