Tidak perlu ganti cuti peristiwa empat hari setahun - KPM

18:37:00
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan memutuskan bahawa setiap sekolah boleh mengambil cuti peristiwa selama empat hari dalam setahun seperti sebelum ini, tanpa perlu menggantikannya.

Kementerian itu dalam kenyataan hari ini berkata bagi tujuan itu, pihak sekolah boleh mengemukakan permohonan kepada Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing untuk kelulusan.

"Kementerian Pendidikan telah menerima pertanyaan mengenai penggunaan cuti peristiwa sebanyak empat hari dalam setahun kebelakangan ini, justeru Menteri Pendidikan Maszlee Malik telah membuat keputusan tersebut," kata kementerian itu.

-- BERNAMA

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »