Sekolah kerajaan akan dipastikan kekal jadi pilihan - Timb. Menteri

17:34:00
Ke Arah Sekolah Kerajaan Kekal Jadi Pilihan

Aspirasi kerajaan adalah untuk melihat sekolah kerajaan menjadi pilihan di samping mencapai matlamat pendidikan untuk semua.

Timbalan Menteri Pendidikan, YB Puan Teo Nie Ching berkata perkara itu boleh tercapai dengan memfokuskan kepada tiga aspek utama iaitu pendidikan berasaskan nilai, meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, dan akauntabiliti di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi.


"Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mahu sikap saling menghormati, kegembiraan dan kasih sayang diterapkan kepada semua pelajar sekolah.

"Selain itu, kualiti pendidikan juga akan terus diperkasakan kerana pelajar hari ini perlu didedahkan dengan infomasi dan teknologi yang bermanfaat kepada mereka," katanya semasa menyampaikan ucapan khas pada Sidang Kemuncak Pendidikan dan Pembelajaran Nasional 2019 anjuran Institut Strategik Kingsley, di Kuala Lumpur semalam.

Turut hadir, Pengerusi Institut Strategik Kingsley, Tan Sri Barry Goh dan Presiden Institut Strategik Kingsley, Tan Sri Dato' Dr. Michael Yeoh.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »