PPD kerja sambil lewa akan diambil tindakan tegas - Menteri Pendidikan

18:24:00
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik melalui ruangan soal jawab mingguannya di laman Youtube beliau telah memberi amaran kepada mana-mana Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang tidak efisien menjankan tugas.

Menurut beliau, ratusan aduan yang ada beliau terima secara langsung daripada guru sebahagiannya adalah tanggungjawab PPD. Keadaan ini menyimpulkan terdapat PPD yang tidak efisien dalam melaksanakan tugas mereka.

Maszlee dalam kata-kata akhir beliau di dalam video tersebut memberi amaran dan peringatan kepada semua PPD, andai beliau menerima lima aduan mengenai sesebuah PPD itu, maka pegawai di PPD tersebut akan diambil tindakan yang sewajarnya.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »