Kemalangan maut, Maszlee gesa pekeliling disemak elak guru teraniaya

14:57:00
Khamis, 4 April - Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik hari ini melalui laman FBnya memberi respon kepada salah satu komen berkenaan kejadian menyayat hati kemalangan yang melibatkan nyawa tiga orang murid di Jalan Kota Tinggi ke Bandar Penawar, Simpang FELDA Lok Heng di Kota Tinggi semalam.
Komen yang datang daripada Cikgu Mohd Fadli Salleh tersebut meminta beliau untuk menyemak semula pekeliling yang boleh melindungi guru daripada dipersalahkan jika kejadian yang sama berulang semula pada masa akan datang.

Maszlee telah meminta pegawai-pegawai di KPM untuk menyemak semula Prosedur Pengendalian Standard (SOP) dan semua pekeliling yang berkaitan isu tersebut.

Beliau tidak mahu lagi kes-kes seperti ini terus menganiaya guru yang terlibat. Beliau turut menegaskan bahawa kebajikan guru sentiasa diutamakan dalam membentuk ekosistem pendidikan yang baik.
Dalam kejadian semalam tiga murid lelaki maut, manakala seorang guru cedera dalam kemalangan ketika pulang dari menyertai pertandingan pentaque di simpang FELDA Lok Heng Jalan Kota Tinggi-Pengerang,


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »