Jangan perlekeh kerjaya di bidang seni - Cikgu Hafiz

08:50:00
Imej via Apizz Hassan
 "JANGAN PERNAH HINA KERJAYA SENI"

Artikel ini saya ingin kongsikan kepada semua terutamanya kepada adik-adik yang kreatif dan minat dalam bidang seni namun masih keliru untuk memilih bidang pengajian. Saya juga pernah alami situasi yang sama dengan anda.

Jangan pernah hina kerja seni.

Sebelum itu, saya kongsikan dahulu kejayaan saya sehingga saya dapat menggenggam segulung ijazah sarjana dan Anugerah Naib Censelor serta dinobatkan pelajar terbaik dan mendapat Masters Excellence Awards. Dan kini saya jugak seorang pendidik di boarding school.
Ingin saya kongsikan tentang latar belakang pendidikan saya bermula dari SPM. Saya telah mengambil kesemua subjek sains seperti Fizik, Kimia dan Biology. Bukan itu sahaja, saya turut mengambil satu lagi subjek tambahan Pendidikan Seni. Alhamdulillah, result SPM saya lulus kesemua mata pelajaran dan ketika fasa itu saya dalam dilema untuk memilih jurusan bidang pengajian. Ramai diantara rakan-rakan saya yang melanjut pelajaran ke matrikulasi dan program asasi. Setelah berbincang dengan keluarga dan guru-guru saya membuat keputusan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang diploma Seni Lukis & Seni Reka. Namun, ramai juga pertikaikan keputusan yang saya telah pilih.

Saya agak kecewa kenapa masih ramai mentaliti yang memperlekehkan bidang seni. Terdapat beberapa kata-kata mereka yang hingga kini bermain difikiran saya, namun ketika itu saya hanya berdiam diri tidak mampu membalas kerana ketika itu saya masih mentah dan baru sahaja selangkah untuk mengatur hidup. Sekarang! Saya akan jawab kesemua persoalan mereka. Bukan marah tapi ini sebagai pedoman dan teladan untuk orang-orang yang selalu ketepikan subjek Art.

"Memang nak ambik seni ke? Nanti nak lukis muka2 org tepi jalan tu ke? "

Inilah mentaliti orang sekarang yang selalu meletakkan subjek seni sebagai subjek yang tiada masa depan. Untuk pengetahuan, individu berseni ini sangatlah gifted sebab kami ini ada sedikit kelebihan yang orang lain tiada. Kelebihan kami sepatutnya dihargai dan diberi peluang untuk kami terus berekspresi dalam berkarya.

Percaya atau tidak, jika anda menonton tv bersama orang yang menghargai seni, kami bukan sahaja menonton semata-mata, pandangan kami berbeza dengan anda. Kami akan menilai setiap keperincian dari kualiti resolution rancangan tersebut sehinggalah ke design baju, background, aksesori, make up, dan set rancangan tersebut.
"Kenapa taknak ambil aliran sains? Nanti boleh jadi doctor."

Saya ambik seni sebab saya nak negara kita berada setaraf dengan negara-negara maju yang lain. Kita bangga pakai produk dan kereta import, tapi kita tak pernah berusaha nak capai setaraf dengan mereka. Untuk pengetahuan, negara kita ketandusan designer dan artist yang berkualiti menyebabkan produk-produk yang dihasilkan oleh negara kita tidak menjadi kebanggaan seperti produk dari negara luar.

Tengoklah bila hujung minggu, penuh beratur di gedung perabut ‘biru kuning’ itu sebab nak beli produk buatan ‘Sweden’ yang hanya berkonsepkan minimalist dan ringkas. Sedangkan Negara kita jauh lebih hebat dengan penghasilan perabot ukiran dan sebagainya. Cuma masih belum diketengahkan dengan baik untuk mendapat daya tarikan pengguna.
"Seni? Kos lelong, keluar takde kerja, takde masa depan"

Meh nak sebut pasal kos lelong ni. Buat masa sekarang, perkataan ‘kos lelong’ tu dah boleh dikuburkan kot. Ya lah, semua kena faham, setiap kos ada kelebihan dan peluang kerja masing-masing. Cuma rezeki kita ja yang menentukan sama ada kita akan bekerja sebidang dengan kos yang kita belajar atau tak. Dulu org kata kos saya keluar ja menganggur. Kini saya boleh buktikan, kenalan saya yang memilih bidang ini mampu hidup untuk menjalankan perniagaan sendiri. Maka, bila ada ilmu seni yang betul, maka hasil dan produk yang dijual sangat menarik dan berkualiti.

Imej via Apizz Hassan
Dan kini, kenapa saya memilih untuk menjadi pendidik, sebab saya nak buktikan pada golongan muda bahawa subjek seni merupakan subjek yang mempunyai masa depan. Inshallah saya akan mengeluarkan produk ‘pelajar’ yang berkualiti dan bermutu tinggi dalam menghasilkan karya pada masa akan datang.

Kepada ibu bapa diluar sana, janganlah halang kreativiti anak-anak anda dan janganlah pernah memandang rendah terhadap subjek seni. Sebenarnya bidang seni ini sangatlah luas. Antaranya, seni halus, pendidikan, seramik, fasyen, seni reka perindustrian, textile, fotografi, filem animasi, multimedia design, grafik, fine metal, pencetakan dan banyak lagi.

Nukilan: Sir Hafiz Hassan, 2019

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »