Bungkusan berisi mayat ditemui di hadapan sekolah

21:29:00
SATU mayat orang dewasa ditemui dalam plastik hitam dibuang di tepi sebuah kedai di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara, Puchong pada Isnin.

Mayat yang dipercayai lelaki itu dikatakan ditemui oleh individu yang melakukan kerja pembersihan di hadapan sekolah itu.
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP, Ismadi Borhan berkata, polis menerima maklumat orang awam mengenai penemuan mayat dalam keadaan berbungkus dengan plastik warna jernih dan kain selimut sebelum dimasukkan ke dalam plastik hitam itu pada pukul 11.10 pagi.

Mangsa mangsa dipercayai orang dewasa dan pasukan forensik telah dipanggil untuk membuat siasatan lanjut, katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata mayat dihantar ke Hospital Serdang dan sebarang maklumat mengenai mayat itu akan dimaklumkan pada Selasa selepas proses bedah siasat.

Polis kini mencari individu yang menemui mayat itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan, katanya. - BERNAMA

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »