"Selain Hari Guru, kita perlu ada Hari Akademia" - Maszlee

16:18:00
Imej via FB KPM
Sebagai tanda menghargai sumbangan dan pengorbanan para pensyarah negara ini, YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia hari ini mencadangkan supaya diadakan Hari Akademia Malaysia.
"Kita ada Hari Guru sebagai tanda memperingati sumbangan para guru. Jadi, saya cadangan kita adakan satu hari sambutan untuk pensyarah-pensyarah universiti.

"Saya mencadangkan kita adakan sambutan Hari Akademia Malaysia, kita pilih satu tarikh yang khas, mungkin sempena Hari Guru Antarabangsa, yang diadakan pada 5 Oktober" kata beliau ketika berucap pada majlis Bicara Menteri Bersama Kongres Persatuan Akademik Malaysia dan Pegawai-Pegawai Pendidikan Sabah di Tawau hari ini.

Di Malaysia Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun.

YB Dr Maszlee, yang sebelum ini merupakan pensyarah universiti, berkata, "mendidik adalah satu tugas yang mulia."

"Suka untuk saya nyatakan terima kasih saya kepada para pendidik, di universiti mahupun di sekolah, di bandar mahupun di desa, kerana berada dalam profesion ini dan dengan ikhlas mendidik dan membentuk pelajar-pelajar kita menjadi manusia yang berketerampilan, berperibadi unggul, dan sekali gus menjadi harapan negara di masa hadapan.

"Teruskanlah mendidik. Mendidik ialah tugas yang paling mulia. Malala Yousafzai pernah menyebutkan, 'One child, one teacher, one book, one pen can change the world'," kata beliau.
Turut hadir, YB Dr. Yusof Yakob, Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah; YBhg. Datuk Dr. Amin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan YBhg. Prof. Datuk Dr. D.
Kamaruddin D. Mudin, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah.

Sumber: FB KPM

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »