Maszlee hantar pegawai pantau perjalanan PPD, JPN

14:19:00
Imej via FB Dr Maszlee Malik
Menteri Pendidikan hari ini telah menghantar pegawainya untuk hadir ke beberapa PPD untuk melihat sendiri sistem penyampaian di pejabat berkenaan.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan juga pernah melawat ke sekolah-sekolah secara mengejut bagi melihat sendiri perjalanan pdp dan keadaan di sekolah.
Berikut status terkini di Facebook beliau:

Pagi ini saya telah meminta pegawai saya hadir ke beberapa Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di sekitar Lembah Klang untuk melihat sendiri sistem penyampaian di PPD dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) berkenaan.
Imej via Dr Maszlee Malik
Imej via Dr Maszlee Malik
Saya mahu tahu sendiri bagaimana para pegawai di kaunter melayani ibu bapa dan semua golongan masyarakat yang hadir dilayan dan disantuni.

Ini penting kerana PPD adalah antara pejabat yang paling kerap dilawati oleh semua pemegang taruh dalam sistem pendidikan kita.

Ini termasuk menghantar sendiri pegawai dari Pejabat Menteri ke PPD yang lebih jauh dari kawasan Lembah Klang.

Saya berharap saya akan menerima laporan berkaitan dalam masa terdekat.
Saya percaya hanya dengan turun dan melihat sendiri bagaimana sistem penyampaian Kementerian Pendidikan Malaysia dijalankan di bahagian-bahagian seperti PPD dan JPN, kita semua boleh memperbaiki dan memastikan keutamaan para pelanggan seperti kebajikan ibu bapa dan pemegang taruh lain seperti guru dapat ditingkatkan.

DR MASZLEE MALIK
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
28 MAC 2019

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »